Ikhlaskan Hatimu

Assalamualaikum

Tgh buhsan2 cuti nie...
abes da bc sebuah novel...
da lama novel tue kluar...tp br berpeluang baca..
~Di Atas Sajadah Cinta~


ada satu cerita yg boleh dikongsi bersama dari novel nie....
tajuk dia TIGA LELAKI BERJIWA MALAIKAT...

alkisahnya

di sebuah kampung tinggal tiga orang lelaki bersahabat baik...
masing2 telah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab...
namun kesempitan hidup menggelangi hidup sahabat2 ini...

pada suatu hari...saat hari raya hampir tiba, isteri si A menyuruhnya meminjam sedikit wang daripada rakannya, si B...lalu si A pun pergi ke rumah B untuk meminjamkan sedikit wang bagi belanja untuk membeli pakaian anak-anak dan persiapan hari raya...

Si B tanpa memikir panjang terus memberi satu kantong wang kepada A...hanya itulah harta yang dimilikinya ketika itu...dia beranggapan mungkin A amat memerlukan wang tersebut...
Si A pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira...isterinya yang menanti kepulangan A juga amat gembira dengan hasil yang dibawa pulang oleh suaminya itu...ketika membuka kantong tersebut, terdapat seratus dinar di dalamnya...Si A dan isteri terus berkira2 untuk membeli persiapan hari raya...

ketika Si A baru keluar di pintu rumah..rakannya si C menuju ke rumah A...Si C menyatakan hajat kedatangannya ke rumah A...C mempunyai masalah kewangan dan perlu melunaskan hutangnya kerana telah sampai tempoh masanya...tanpa berfikir panjang..si A memberikan kantong yang sedang dipegang itu kepada si C...kemudian, si A masuk ke dalam rumah dan menceritakan kepada isterinya...isteri A meleterinya kerana memberikan semua wang tersebut kepada C tanpa mengambil sedikit untuk kegunaan....Si A beranggapan wang yang diberi itu belum tentu cukup bagi si C untuk melunaskan hutangnya.....

selang beberapa jam kemudian.....datang si B ke rumah si A...
si A menyambut mesra kedatangan sahabatnya itu...
si B membawa sebuah kantong dan ingin bertanya kepada si A adakah kantong itu yang diberikan pada si A pada awalnya...
si A mengiyakan dan bertanya bagaimana kantong tersebut boleh berada pada tgn si B semula?
si B memulakan ceritanya....

"setelah kamu datang meminjam wang daripada ku...aku menuju ke rumah C untuk meminjam
wang daripadanya...namun, kantong ini yang diberikan oleh C kepada ku. Aku t'kejut ketika C memberikan kantong ini kepadaku kerana wangnya tidak luak sedikitpun. Aku takjub dan untuk mendapat kepastian aku datang ke mari bertemu kamu"

Si A tertawa sambil bergenang air matanya....
lalu berkata...

"C lebih mengutamakan kamu lebih daripada dirinya kerana memberi kantong ini kepada kamu, sebagaimana kamu mengutamakan aku daripada dirimu sendiri"

si B meyambung

"dan kamu lebih mengutamakan diri C lebih drpd dirimu sendiri. Apakata jika kita membahagi wang ini kepada tiga?

lalu wang tersebut dibahagikan kepada tiga. cerita tentang keluhuran budi ketiga-tiga sahabat ini telah smpi ke telinga khalifah. khalifah amat tersentuh dan bercadang ingin menyumbangkan 10 ribu dinar bagi setiap seorang sahabat itu.

A pulang ke rumah dengan wajah yang berseri2 lalu meceritakan kepada isterinya.

"isteri ku, lihatlah sekarang, adakah Allah membiarkan kita?"

isteri A menjawab dengan mata berkaca2..

"tidak suamiku, Demi Allah Dia Maha Pemurah. Dia tidak mungkin membiarkan kita. Bahkan Dialah yang melimpahkan rezekiNya kpd kita tanpa putus2".

Menginfakkan harta ke jalan Allah adalah bisnes yang pasti untungnya dan tiada ruginya..
ikhlaskan hatimu dalam membuat amal kebajikan...
sanggup berkorban diri sendiri demi melihat kebahgiaan insan lain
~SALAM AIDILADHA UTK SEMUA~


10 Responses
  1. Kisah ni lebih kurang dengan kisah Fatimah yg mengidam epal hijau. Suaminya, Saidina Ali tatkala itu terus membeli epal hijau dipasar. Tetiba semasa dalam perjalanan pulang, beliau terserempak dengan seorang pengemis yg sedang lapar. Maka diberikannya separuh drpd buah epal tersebut. Perjalanan pulang ke rumah terbantut lg apabila bertemu pula dengan seorang miskin yg lapar. Dengan sifat belas kesihan yg ada pd Saidina Ali, maka diberikannya baki separuh lg epal tersebut kpd si miskin itu. Tiba dirumah, Fatimah bertnya mengenai epal hijau tersebut. Saidina Ali yg kerisauan memikirkan perasaan isterinya menjawab dengan jujur dan agak takut. Lalu Fatimah mengukirkan senyuman dengan menunjukkan beberapa biji epal hijau yg telah diberikan oleh seorang hmba Allah yg tidak dikenali. 10 biji kesemuanya. Sebiji drpd epal tersebut telah dimakan oleh Fatimah. Begitulah jnji Allah pd hambaNYA yg melakukan 1 kebaikan dibalas dengan 10 kebaikan yg lain.


  2. shyna Says:

    mksdnya...dlm setiap amalan yg kita lakukan...
    kita perlu ikhlas dan pentingkan kepentingan org lain lebih drpd diri sendiri...mgkn apa yg kita perlu korbankan adalah hanya sedikit ujian buat kita...

    ~moga kita sume ikhlas dlm memberi ilmu pd anak didik nanti~


  3. FZLR1 Says:

    ingatkan 3 citer 3 budak hitam... kekekeke.. sowie tuan tanah...


  4. IntanBerlian Says:

    yaAllah indahnye Islam.lagi indah bile disayangi oleh-Nya..beruahnya kite kan?huhu..
    nice story shyna.. rase mcm hina sgt..betape indahnye manusia berhati malaikat nikan..


  5. shyna Says:

    bellarossa~
    btul...
    sma2 kita pertingkatkan diri selagi mempunyai kesempatan=)

    FZLR1~
    citer 3 budak itam tggu awak yg wat..hehe


  6. -budakkecik- Says:
    This comment has been removed by the author.

  7. -budakkecik- Says:

    karya habiburrahman el shirazy memang best...


  8. shyna Says:

    btul2..=)
    ada koleksi dia sume tak..
    nak pinjam..hehe


  9. -budakkecik- Says:

    nak ke??? ade lar 2,3,4 buah....


  10. shyna Says:

    cmna nak bg..husna tak posting johor..hehe