Ikhlaskan Hatimu

Assalamualaikum

Tgh buhsan2 cuti nie...
abes da bc sebuah novel...
da lama novel tue kluar...tp br berpeluang baca..
~Di Atas Sajadah Cinta~


ada satu cerita yg boleh dikongsi bersama dari novel nie....
tajuk dia TIGA LELAKI BERJIWA MALAIKAT...

alkisahnya

di sebuah kampung tinggal tiga orang lelaki bersahabat baik...
masing2 telah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab...
namun kesempitan hidup menggelangi hidup sahabat2 ini...

pada suatu hari...saat hari raya hampir tiba, isteri si A menyuruhnya meminjam sedikit wang daripada rakannya, si B...lalu si A pun pergi ke rumah B untuk meminjamkan sedikit wang bagi belanja untuk membeli pakaian anak-anak dan persiapan hari raya...

Si B tanpa memikir panjang terus memberi satu kantong wang kepada A...hanya itulah harta yang dimilikinya ketika itu...dia beranggapan mungkin A amat memerlukan wang tersebut...
Si A pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira...isterinya yang menanti kepulangan A juga amat gembira dengan hasil yang dibawa pulang oleh suaminya itu...ketika membuka kantong tersebut, terdapat seratus dinar di dalamnya...Si A dan isteri terus berkira2 untuk membeli persiapan hari raya...

ketika Si A baru keluar di pintu rumah..rakannya si C menuju ke rumah A...Si C menyatakan hajat kedatangannya ke rumah A...C mempunyai masalah kewangan dan perlu melunaskan hutangnya kerana telah sampai tempoh masanya...tanpa berfikir panjang..si A memberikan kantong yang sedang dipegang itu kepada si C...kemudian, si A masuk ke dalam rumah dan menceritakan kepada isterinya...isteri A meleterinya kerana memberikan semua wang tersebut kepada C tanpa mengambil sedikit untuk kegunaan....Si A beranggapan wang yang diberi itu belum tentu cukup bagi si C untuk melunaskan hutangnya.....

selang beberapa jam kemudian.....datang si B ke rumah si A...
si A menyambut mesra kedatangan sahabatnya itu...
si B membawa sebuah kantong dan ingin bertanya kepada si A adakah kantong itu yang diberikan pada si A pada awalnya...
si A mengiyakan dan bertanya bagaimana kantong tersebut boleh berada pada tgn si B semula?
si B memulakan ceritanya....

"setelah kamu datang meminjam wang daripada ku...aku menuju ke rumah C untuk meminjam
wang daripadanya...namun, kantong ini yang diberikan oleh C kepada ku. Aku t'kejut ketika C memberikan kantong ini kepadaku kerana wangnya tidak luak sedikitpun. Aku takjub dan untuk mendapat kepastian aku datang ke mari bertemu kamu"

Si A tertawa sambil bergenang air matanya....
lalu berkata...

"C lebih mengutamakan kamu lebih daripada dirinya kerana memberi kantong ini kepada kamu, sebagaimana kamu mengutamakan aku daripada dirimu sendiri"

si B meyambung

"dan kamu lebih mengutamakan diri C lebih drpd dirimu sendiri. Apakata jika kita membahagi wang ini kepada tiga?

lalu wang tersebut dibahagikan kepada tiga. cerita tentang keluhuran budi ketiga-tiga sahabat ini telah smpi ke telinga khalifah. khalifah amat tersentuh dan bercadang ingin menyumbangkan 10 ribu dinar bagi setiap seorang sahabat itu.

A pulang ke rumah dengan wajah yang berseri2 lalu meceritakan kepada isterinya.

"isteri ku, lihatlah sekarang, adakah Allah membiarkan kita?"

isteri A menjawab dengan mata berkaca2..

"tidak suamiku, Demi Allah Dia Maha Pemurah. Dia tidak mungkin membiarkan kita. Bahkan Dialah yang melimpahkan rezekiNya kpd kita tanpa putus2".

Menginfakkan harta ke jalan Allah adalah bisnes yang pasti untungnya dan tiada ruginya..
ikhlaskan hatimu dalam membuat amal kebajikan...
sanggup berkorban diri sendiri demi melihat kebahgiaan insan lain
~SALAM AIDILADHA UTK SEMUA~


Bagai Bulan Jatuh ke Riba

Assalamualaikum...
hurmmm...
cuti da bermula...
janji2 awal..katanya 1 Dis nie posting...
tpnya...1 Dis brapa hari ja lagi...
tempat posting pun blum tahu....
huhu...

berlainan lak dgn kawan2 yg dr course Pengajian Islam n Bahasa Arab...
1 Dis da nk lapor diri...
nape la sume tak serentak je?
xpela...
tggu je la...
tak esok..lusa...
tak lusa...tulat...
tak tulat....
ntah la....
tp..harus terus menunggu....

P.S: buat kawan2 yg akan melapor diri 1 Dis nie...selamat menjadi guru...jg diri
baik2...panjang umur kita ketemu lagi...insyaAllah

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Btul kan...
Tak Kenal Maka Tak Cinta...
tak kira la dalam aspek apa sekalipun....
tapi kali nie...apa yg aku nak relate kan ialah...
tentang tempat posting yg sume guru2 pelatih akan tahu tak lama lagi..

Dapat di mana sekalipun nati...
redha kan lah hati...
sebab
mungkin
itu yg terbaik untuk kita...
cumanya
kita blum nmpk apa kebaikan dan kelebihan yang terselit disebalik itu..

mana tau..mula2 tak mau..
tp skali da pegi..
tak mau balik lak...
hehehe...

aku terima saja di mana2 yg dapat...
hal nak dapat dekat dgn pasangan...
itu akan diambil kira nanti..
hehe...

InsyaAllah....
semua masalah akan ada penyelesaiannya...
Allah takkan bebankan kita dengan ujian yang tak mampu tertanggung oleh kita..
betul kan?

Semoga debaran kita yg akan terjawab ini dapat diterima dengan hati yg terbuka dan ikhlas...
Niatkan lah dihati untuk mendidik anak bangsa yg amat memerlukan kita sebagai pembimbing mereka yg dahagakan ilmu.

Mereka perlu dididik agar membesar menjadi insan yg berguna...
yg dapat berbakti pada keluarga, agama dan negara...

.::Sekadar Renungan::.

~Boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu sedangka ia amat baik untuk kita...
Boleh jadi juga kita amat menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik untuk kita...
Sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui sedangkan kita tidak~

Mereka Memerlukan Kita




Terharukan melihat kesungguhan mereka ingin menuntut ilmu...
Jadi..bagi bakal2 guru 'terpilih' yg bakal ke tempat2 sebegini...(mungkin jg aku)
Didiklah anak-anak ini dengan seikhlas hati dengan keupayaan dan kemampuan diri kita...
Yakinlah bahawa kita mampu menjadi Guru yang terbaik...
Aminnn...

MyEm0.Com
Bertenang Kawan-kawan